Faedah Sholawat Tibbil Qulub


اللهم صل على سيدنا محمدٍ طِبِّ القلوبِ ودوائِها، وعافيةِ الأبْدانِ وشِفائِها، ونورِ الأبصارِ وضِيائِها، وعلى آله وصحبه وسلِّم

Kurang lebih begini maksudnya :
Ya Allah, berilah rahmat ke atas junjungan kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.


Selawat ini baik diamalkan untuk menenangkan hati yang resah, menghilangkan darah gemuruh, untuk kesehatan badan.

Membaca selawat ini 3X selepas solat fadhu insya Allah akan di beri hilangnya kebuntuan fikiran dan gundah hati.

Jika dibaca 7X selawat ini pada air dan diminum insya Allah akan diberi kesembuhan dari sakit perut dan lain-lain.

Kalau menurut keterangan yang saya dapat dari guru ... (seingat saya) membacanya 100X tiap selesai sholat magrib.

___________


Versi lain :

اللهم صل على سيدنا محمدٍ طِبِّ القلوبِ ودوائِها، وصِحَّةِ الأبْدانِ وعَافِيَتِها، ونورِ الأبصارِ وضِيائِها، وقُوْتِ الأَجْسَادِ والأَرْوَاحِ وَغِدَائِهَا، وعلى آله وصحبه وسلِّم

dan

اللهم صل على سيدنا محمدٍ طِبِّ القلوبِ ودوائِها، وعافية الأبْدانِ وشفائها، ونورِ الأبصارِ وضِيائِها، وحَبِيْبِ الأرْوَاحِ وَغِذائِهَا، وعلى آله وصحبه وسلِّم
 — 

Miror dari catatan fb Mimpie Malamp

0 komentar: